Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N1 - 17 Jun 2025

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kerja kosong di Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA):-



Jawatan Kosong sebagai :-



1. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N1 (SABAH) - 235 Kekosongan


Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM1,500.00
Gaji Maksimum : RM4,680.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00


Tempat Pekerjaan : Sabah


Syarat Lantikan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan pada Gred N1: RM1,500.00); atau

Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan pada Gred N1: RM1,500.00); atau

SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred N1: RM1,561.00); atau

SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N1: RM1,622.00).



*Sila baca maklumat lengkap melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum memohon.



Tarikh permohonan terakhir : 17 Jun 2025 (Selasa), jam 11.59 malam