Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U1 (Sarawak) - 22 Jun 2025

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kerja kosong di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM):-



Jawatan Kosong sebagai :-



1. PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN GRED U1 (SARAWAK) - 1.055 Kekosongan


Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM1,500.00
Gaji Maksimum : RM4,680.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00


Tempat Pekerjaan : Sarawak


Syarat Lantikan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred U1: RM1,500.00).


Syarat Kelayakan Bahasa Melayu:

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.



*Sila baca maklumat lengkap melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum memohon.



Tarikh permohonan terakhir : 22 Jun 2025 (Ahad), jam 11.59 malam