Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kerja kosong di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM):-
Jawatan Kosong sebagai :-
1. PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN GRED U1 (SABAH) - 1,315 Kekosongan
Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM1,500.00
Gaji Maksimum : RM4,680.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00
Tempat Pekerjaan : Sabah
Syarat Lantikan:
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred U1: RM1,500.00).
Syarat Kelayakan Bahasa Melayu:
2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
*Sila baca maklumat lengkap melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum memohon.
Tarikh permohonan terakhir : 17 Jun 2025 (Selasa), jam 11.59 malam