Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kerja kosong di Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK):-
Jawatan Kosong sebagai :-
1. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT GRED N1
Gaji Minimum : RM1,500.00
Gaji Maksimum : RM4,680.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00
Min Education : SPM
Tempat Pekerjaan : Putrajaya
Syarat Permohonan:
Pemohon mestilah memenuhi syarat-syarat berikut:-
(i) Warganegara Malaysia;
(ii) Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N1: RM1,500.00); atau
(iv) Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N1: RM1,500.00); atau
(v) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N1: RM1,561.00); atau
(vi) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N1: RM1,622.00).
Ringkasan Tugas:
Bertanggungjawab untuk memastikan urusan harian di pejabat pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi/ pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (yang memenuhi kelayakan) berjalan lancar dan memberi perkhidmatan kesetiausahaan seperti menaip, menyediakan surat-menyurat, laporan dan pengurusan fail. Di samping itu, memastikan semua keperluan rasmi pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi/ pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (yang memenuhi kelayakan) dikendalikan secara cekap dan berkualiti tinggi serta mengawal selia jadual kerja supaya teratur.
*Sila baca maklumat lengkap melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum memohon.
Tarikh permohonan terakhir : 31 Januari 2025