Jawatan Kosong Pembantu Tadbir Perkeranian & Operasi N19 - 6 Jun 2021 [74 Kekosongan] - Jawatan Kosong Kerani Kerajaan & Swasta Terkini 2023 | 2024

Jawatan Kosong Pembantu Tadbir Perkeranian & Operasi N19 - 6 Jun 2021 [74 Kekosongan]

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kerja kosong di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan


Jawatan Kosong sebagai Pembantu Tadbir Perkeranian & Operasi N19 74 Kekosongan


Syarat Lantikan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:  

(a) Warganegara Malaysia; dan  

(b) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan  

(c) Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan  

(d) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan pada Gred N19 : RM1,352.00) atau

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred N19 : RM1,408.40) atau

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred N19 : RM1,464.80)
 
   
2. Syarat Peningkatan Secara Lantikan (Psl) Bagi Pegawai Sedang Berkhidmat 

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Bentara Parlimen, Pemandu Kenderaan, Penghantar Notis dan Pembantu Operasi adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19 tertakluk kepada kekosongan jawatan dan memenuhi syarat berikut:

Telah disahkan dalam perkhidmatan; dan

Mempunyai kelayakan di perkara 2(d) di atas atau lulus Peperiksaan Khas; dan

Had umur pelantikan:

Berumur kurang daripada 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau

Berumur kurang daripada 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau

Berumur kurang daripada 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
 
   
4. Deskripsi Tugas  

Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat Kumpulan Pelaksana yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi).


Tempat Pekerjaan : Negeri Sembilan


*Sila baca maklumat lengkap melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum memohon.


Tarikh permohonan terakhir : 6 Jun 2021


Cara memohon:

Permohonan adalah melalui lamanweb Suruhanjaya Perkhidmatan Malaysia (SPA9). Klik link di bawah untuk memohon.


Klik Untuk Lihat Senarai Kerja Kerani 2021

0 Response to " Jawatan Kosong Pembantu Tadbir Perkeranian & Operasi N19 - 6 Jun 2021 [74 Kekosongan]"

Post a Comment