Cara Memohon Kerja Kosong Melalui Maukerja.My (Cara Daftar Maukerja.My) - Jawatan Kosong Kerani Kerajaan & Swasta Terkini 2023 | 2024

Cara Memohon Kerja Kosong Melalui Maukerja.My (Cara Daftar Maukerja.My)

Cara Memohon Kerja Kosong Melalui Maukerja.My (Cara Daftar Maukerja.My) | Maukerja merupakan satu lubuk emas buat pencari kerja dengan beribu iklan jawatan kosong untuk dimohon. Salah satu plartform untuk memudahkan pencari kerja mencari jawatan yang diminati. Di samping itu menghubungkan antara majikan dan pekerja.


Dibawah kami sediakan cara-cara memohon jawatan di laman Maukerja. Berikut adalah langkah-langkah untuk mendaftar buat kali pertama:

Langkah Pertama :




Lawati laman Maukerja melalui pautan ini : Maukerja.my Seperti gambar diatas, klik pada butang 'LOG MASUK | DAFTAR' untuk memulakan pendaftaran.

Langkah kedua :



Jika anda sudah memohon sebelum ini. Hanya perlu Log Masuk sahaja. Jika belum mempunyai akaun Maukerja.my.  KLIK pada 'DAFTAR PERCUMA SEKARANG' dan daftarkan diri anda. Jika anda mempunyai Facebook, boleh sahaja link kan dan daftar. 

Langkah Ketiga :



Isi segala maklumat yang diperlukan. Setelah lengkap, KLIK pada butang 'DAFTAR'. Seterusnya...

Langkah keempat :



Tahniah! Anda akan menerima pesanan ringkas dari Maukerja.my. Maksudnya anda sudah berjaya mendaftar bersama Maukerja.my. Seterusnya, KLIK pada link yang diberi bertujuan untuk pengesahan.

Langkah kelima :



Setelah KLIK link untuk pengesahan, ia akan terus pergi ke profile anda. Sila isi semua ruangan maklumat dengan tepat untuk memudahkan proses memohon jawatan.


Dah Daftar, macam mana pula nak mohon kerja? 


Anda sudah mempunyai ID dan KATA LALUAN untuk log in masuk ke dalam Maukeja.My. Jika setiap kali anda ingin memohon jawatan kosong di Maukerja, sila LOG MASUK dan segala kerja kosong ada diiklankan di Blog ini. Hanya perlu klik pada MOHON SINI pada setiap jawatan yang diiklankan dan akan ke halaman jawatan kosong tertentu seperti gambar di bawah:



Selepas anda KLIK pada butang 'MOHON' anda akan pergi ke tetingkap pengisian butiran peribadi. Disinilah anda akan tulis segala keperluan yang anda perlukan, memuat naik resume berserta ulasan yang boleh membuatkan anda dipilih sebagai calon pekerja. Langkah ini amat penting sekali. Setelah siap mengisi ruangan maklumat, KLIK sahaja pada ruangan 'HANTAR PERMOHONAN' dan semuanya sudah selesai. Mudah bukan?

Harapan kami daripada KerjaKerani semoga anda semua dimurahkan rezeki dan mendapat pekerjaan yang diidamkan sekaligus dapat menjana pendapatan anda. Keep Calm & Good Luck!!

0 Response to "Cara Memohon Kerja Kosong Melalui Maukerja.My (Cara Daftar Maukerja.My)"

Post a Comment